Monday, 4 August 2014

Cinta

Kenapa aku? Kenapa aku yang sering di duga? Cinta pertama memang amat sukar untuk dilupakan. hanya dia yang masih di hati. Kini sudah hampir 2 tahun kami berpisah. Dan aku juga terdengar bahawa hujung tahun ini dia akan berkahwin. Mungkin dia bukan jodoh aku, Mungkin Allah s.w.t masih belum menemukan lagi jodoh buat diri ku. Mungkin ada sebabnya. Ya,Mungkin..
Sejak beberapa bulan yang lalu aku ada menyukai seseorang. Tetapi dia sudah berpunya. Kekasih hati nya berbangsa cina. Dia ada kata kan pada aku, jika ada jodoh tidak kemana. Itu kata dia, bukan aku. Kerna dia dan kekasihnya bercinta sudah melebihi 5tahun. Kini kekasih dia sudah belajar mengenai islam dan akan memeluk agama islam tidak lama lagi. Aku? Aku dalam kad pengenalan sahaja islam. Tetapi bagaimana dengan cara aku? Cara hidup aku? Aku masih tersasar jauh dari jalan lurus yang di beri oleh Ilahi. Aku memerlukan seseorang yang mampu membimbingkan aku ke jalan yang benar.
Cinta bukan lah sesuatu yang mudah. Cinta melibatkan hati dan perasaan. Perasaan yang akan membawa kebahagian bersama pasangan sehingga tiba nya waktu ajal menjelma.
Kini yang tinggal hanyalah Kenangan bersama Dia. HIRFI..

No comments:

Post a Comment