Wednesday, 6 August 2014

SUASANA BARU

Hai uolls, sejak beberapa bulan yang lalu aku mula bekerja di Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI) Disini aku dapat pengalaman dan suasana kerja yang baru. Memang cita-cita aku untuk merasai kerja di dalam Kementerian. Finally aku dapat juga walaupun hanya sebagai PSH. aku tetap bersyukur kerana diberi peluang. InsyaAllah satu hari nanti aku akan diberi peluang untuk menjadi pekerja tetap didalam kementerian. "Cita-cita yang kita impikan haruslah dikejar menjadi kenyataan". Aku akan berusaha!

Aku bersama kakak2 Ofis yang comel2..

ini Gambar raya dari kami Bahagian Pentadbiran, MOSTI



Monday, 4 August 2014

Cinta

Kenapa aku? Kenapa aku yang sering di duga? Cinta pertama memang amat sukar untuk dilupakan. hanya dia yang masih di hati. Kini sudah hampir 2 tahun kami berpisah. Dan aku juga terdengar bahawa hujung tahun ini dia akan berkahwin. Mungkin dia bukan jodoh aku, Mungkin Allah s.w.t masih belum menemukan lagi jodoh buat diri ku. Mungkin ada sebabnya. Ya,Mungkin..
Sejak beberapa bulan yang lalu aku ada menyukai seseorang. Tetapi dia sudah berpunya. Kekasih hati nya berbangsa cina. Dia ada kata kan pada aku, jika ada jodoh tidak kemana. Itu kata dia, bukan aku. Kerna dia dan kekasihnya bercinta sudah melebihi 5tahun. Kini kekasih dia sudah belajar mengenai islam dan akan memeluk agama islam tidak lama lagi. Aku? Aku dalam kad pengenalan sahaja islam. Tetapi bagaimana dengan cara aku? Cara hidup aku? Aku masih tersasar jauh dari jalan lurus yang di beri oleh Ilahi. Aku memerlukan seseorang yang mampu membimbingkan aku ke jalan yang benar.
Cinta bukan lah sesuatu yang mudah. Cinta melibatkan hati dan perasaan. Perasaan yang akan membawa kebahagian bersama pasangan sehingga tiba nya waktu ajal menjelma.
Kini yang tinggal hanyalah Kenangan bersama Dia. HIRFI..

Friday, 1 August 2014

Najib a.k.a Ebit

Najib, sedap nama tu kan? Tapi dia suruh aku panggil dia Abg Ebit.. Aku kenal dengan dia ni diwaktu hari Pertama aku jejak kan kaki dia Bandar Baru Bangi.. iaitu pada bulan October Tahun 2013.. So, tak lama lagi genap lah Setahunnnn.... Dia ni seorang yang kelakar, cuma kadang2 suka bagi aku marah bila dia janji nak datang awal, akhir nya Lambat juga..Selalu nya bila time nak keluar pergi KL dengan dia.. Tapi tak boleh lah nak salahkan dia.. mungkin dia ada Hal... Sebelum aku kenal dengan si Badang Nish, dia lah satu2 nya insan yang sering bawa aku kemana sahaja yang aku nak pergi.. Terutamanya time weekend.. Aku akan jadi Bosan bila dia takde.. Sekarang nie perhubungan kami agak rengang sejak kehadiran Kekasih baru dia.. kami dah jarang keluar bersama.. Sebab dia nak Habiskan masa dia dengan Kekasih Baru.. katanya, abang harap sangat GF ni kekal sampai ke jinjang Pelamin sebab abang pun sekarang dah umur 31.. InsyaAllah abg Ebit, jika itu yang ditakdirkan oleh Ilahi terimalah dia seadaanya.. Tisha akan selalu mendoakan yang terbaik untuk Abang... Ameen..
Nanti jika ada cerita terbaru tentang Si Ebit ni, alu Share lagi yeah..
Abang Ebit & aku
Jangan Pelik kenapa gambar aku tengah makan pun ada.. Sebab dia memang suka selfie dengan aku, tambahan pula bila time muka aku comot..!
Si Kering VS si Debab katanya.. dia suka panggil aku Gemuk! Sebab badan aku lagi berisi lagi dari Ebit si Kering.. hihi.. (jangan marah ye abg Ebit, tisha main-main je panggil abang Kering..) :P

En. Badang~~~

Malam ni aku nak bercerita tentang seorang Badang yang aku baru kenali dalam beberapa bulan ni.. bernama Nish Sairul... dia adalah seseorang yang aku angap sebagai Abang... Al-maklum lah, dia lah dekat dengan aku di Bangi ni selain Abang Ebit... Aku kenal si Badang ni bulan 5 tahun 2014.. so baru beberapa bulan jelah kan? Haha.. Tapi aku amat mempercayai dia sebab Family dia pun bagus/baik.. Angap aku macam Anak Angkat.. Peragai si Badang ni agak Panas Baran juga.. Aku boleh nampak bila ada berlaku sedikit kesalahan dia akan cepat melenting.. tak kisah lah kan? Sebab sesetengah orang pasti ada sifat tu, begitu juga aku.. Dalam dirinya juga ada sifat kasih sayang.. si Badang ni adalah salah seorang Bodybuilder dan pernah memenangi Mr. Malaysia.. tapi aku tak ingat tahun bila.. Dia dikenali sebagai Nish Extreme.. bak kata pepatah nya, No Pain No Gain!
Aku tak boleh nak cerita lebih-lebih tentang dia, sebab aku pun masih belum kenal sebetul-betul nya diri si Badang nie.. InsyaAllah aku akan cerita tentang dia lagi..
Ni gambar aku dengan Si Badang...
Haaa, Kacak tak Si Badang ni? Hehehe.. kalau nak no phone, kena mintak sendiri..
Hei, Badang pakai baju superman tu tauuu, bukan yg sebelah kiri tu yeee....